Hari tu terasa jgk nk update psl first week aku dekat UMT ni, gambar2 semua dah ade cuma rasanya isu tu dah basi kot..haha.. xpe, hari ni aku nk story pasal survival laut. Semua student UMT WAJIB join survival laut. survival ni diadakan semasa student still kat tahun satu.survival ni UMT buat dekat pulau bidong iaitu pulau persendirian UMT dan di jadikan stesen penyelidikan UMT.
Meh aku nak story sket psl aktiviti survival ni. setiap sesi akan digabungkan dgn dua program. masa aku pergi tu program aku sarjana muda pengurusan pemasaran digabungkan dgn student dari program sarjana muda biologi marin. bila dah gabung kami dibahagikan kpd 4 kumpulan iaitu JERUNG, PARI, KETAM dan UDANG. aku ditempatkan dalam group JERUNG dan setiap aktiviti mestilah dibuat mengikut group.
Aku yang memang sgt suka pantai dan pulau ni of course le rasa teruja nak pergi survival laut tu. sebenarnya survival tu meliputi 20% markah kokorikulum ktorang dekat UMT. macam nak bagi markah free je kan? join survival terus dpt 20% markah tu.
Survival ni ade 6 bahagian :
1. Water Confidence
2. Snorkelling
3. Fishing
4. Jejak Warisan ( Jungle Trekking )
5. Kayak
6. Persembahan Kebudayaan
Semua ni ada markah tau dan semua student WAJIB join semua bahagian :)
First sekali kami kena join water confidence dimana kami kena pakai jaket keselamatan dan di ajar utk berenang menggunakan teknik2 tertentu. bila dah pandai berenang sket2 dan confirm xkan tenggelam sbb pakai jaket, kami kena berenang ke tengah laut sket dari pantai dan kena naik atas bot yang disediakan. then dari atas bot, kami kena terjun ke dalam air yg fasi bagitau kedalaman air tu dalam 30kaki kot. makk oiii, dalam tu. patut la ade sorang student laki ni menangis2 kt tengah laut sbb xnak terjun,bila ditanya kenapa, dia jawab saya takut mati ooo.. ahaha..tapi alhamdulillah, aku ok je dan dpt berenang balik ke pantai.
Aktiviti kedua dan seterusnya kami rotate ikut group. Snorkelling ? sungguh aku x minat sbb kena brnafas pakai ape ntah yg orang pakai dkt mulut tu,tapi aku nak story. masa snorkelling tu aku dapat tgk dasar laut yg sgt indah,ikan dan coral sgt cantik.
Kemudian group aku lalui Jejak Warisan dimana kami dpt tgk sejarah dan peninggalan pelarian Vietnam dulu2. Sebagai anak Terengganu sejati, aku sgt x sangka kat pulau tu ade sejarah peninggalan Vietnam.
Then, bila lepas turun dari Jejak Warisan group ikut naik kayak keliling pulau bidong. part ni aku suka sbb kayak ni aktiviti yg lebih relaks tapi perlu kekuatan tangan.sampai lenguh2 tangan aku pegang pendayung tu,tapi nasib baik le partner aku lelaki, so kudrat dia lebih tinggi..aku tumpang dayung je..haha..
Aktiviti air selesai sebelum maghrib, dan kami tidak dibenarkan mandi menggunakan sabun, syampu, facial cleanser dan apa2 sahaja sebab air sabun tu akan merosakkan coral di dasar laut disamping nak jimatkan air..
Malam plak kami kena buat persembahan. group aku buat nyanyian lagu WARISAN dan lagu GEMURUH dan well done ! kami langsung x menang hadiah persembahan..haha
Bawah ni aku sediakan sedikit gambar semasa survival. tapi gambar aktiviti seperti terjun dari bot,snorkelling,kayak dan jejak warisan susah sket nak amik gambar,yela semuanya aktiviti air.
:: Masing2 happy je masa ni ::
:: Ni ahli group JERUNG ::
:: Dah kelihatan pulau bidong ::
:: Yeay, dah sampai ::
:: Ahli JERUNG buat trademark sket, tapi ade ahli group lain menyibok kat blkg ::
:: Masa fishing masing2 dah letih dan ada yg mabuk laut ::
:: Beratur nak have dinner, sempat lg posing ::
:: Tarian Jameela dari group UDANG ::
:: Ahli JERUNG posing dgn kem komander ::
:: Lepas guna kayak, sila angkat beramai2 ye ::
:: Ahli JERUNG masuk sangkar, haha ::
:: Lepas majlis penutup, pakat posing ramai2 ::
:: Otw balik ke jeti, semua dah letih ::
:: Yeay, dah sampai jeti Merang ::
:: Indahnya pulau kat MALAYSIA ni ::
Lupa aku nak habaq, group aku JERUNG menang cheer song terbaikkk ! yeay ! :) aumm, aumm, aumm.... :D
Spot the differences, ce teka ape yg berbeza? haha,sape leh jawab sila contact inbox fb aku k :)
TQ for keep reading entry panjang lebar ni :)