Wednesday, March 30, 2011

Akhirnya....

Hye,korang still igt x entri Cobaan yg aku ceritakan bagaimana aku & kawan2 berusaha untuk menyiapkan shooting untuk projek mini subjek Advertising semester ni.Sape x igt,rujuk entri ini..


Hari ni,aku nak tunjuk kat korang hasil usaha ktorg menghasilkan iklan Nesvita..So,layan...........

video

Korang jangan komen banyak2,aku cepuk sat gi..Biasalah,iklan biasa2 je,editing pom x lawa sbb ktorg x belajar editing,photoshop sume tuh ! Suara & muzik pom x clear..At last,iklan tu dah siap & we all dah present ahad lepas.Minggu depan kena hantar report..Hohohoho....


:: TQ sbb baca blog ni :) ::

Monday, March 28, 2011

Fenomena TsuFahmi

Hye,untuk pengetahuan u all,Khairul Fahmi Che Mat  ( KFCM )dah jadi cover story untuk majalah MASKULIN edisi April 2011..

Ni dia buktinya......

:: Alahai,ensemnye mamat jepun ni :P ::

Terkejut popular.Kehadiran pemuda bersemangat kental ini di dalam arena bola sepak tempatan bukanlah baru. Dia pernah bersama pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010, namun itu belum cukup untuk rakyat Malaysia mengenali siapa dirinya. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur ini juga pernah beraksi bersama pasukan PKNS (2007) dan Harimau Muda (2008) dalam saingan Liga Premier. Kemudian menyertai Kelantan (2009) dan seterusnya terpilih mewakili pasukan utama negara untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu. Ketika kejohanan inilah nama Khairul Fahmi Che Mat,22, atau lebih mesra dikenali sebagai Apek di kalangan rakan-rakan mula menjadi sebutan. Dia dianggap ‘wira’ apabila membantu pasukan negara menjuarai kejohanan itu. Saat dia berjaya menangkap bola mempertahankan gawang pasukan negara dibolosi tendangan penalti pasukan Indonesia pada aksi perlawanan akhir itu, penulis merasakan dia bakal dijulang, dia pasti dijejaki, dan dia pasti popular. Tepat jangkaan itu, dan hari ini Fahmi tidak dapat lari dari merasai bahang populariti. Tiba-tiba dia dikenali ramai seantero negara. Fahmi kongsi bersama MASKULIN apa yang dirasainya kini.

:: Posing sakan eh :P ::

“ Pada mulanya saya agak terkejut dan masih belum dapat terima dengan suasana baru ini. Jika sebelum saya tidak dikenali dan saya bebas bergerak.Hari ini keadaan itu telah berubah sama sekali. Apabila keluar ke mana saja, ramai yang menegur dan sentiasa pula diperhatikan. Sekarang saya sudah mula membiasakan diri dengan keadaan itu. Keadaan yang dilalui ini sebenarnya sebagai pemberi semangat untuk mengekalkan momentum saya dalam pasukan”. terang Fahmi.

Bagi Fahmi, walaupun kadang-kala situasi yang dirasainya memberikan sedikit tekanan, tetapi apa yang penting dia akan berusaha dan berlatih lebih kuat untuk mengekalkan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan. Dia tidak mahu mengecewakan harapan peminat-peminat sukan bola sepak negara untuk melihat pasukan kita berada sebaris pasukan tersohor di dunia. Dia juga tidak mahu hanya bersandarkan glamor semata-mata tetapi aksi di padang semakin hambar.

“ Ramai yang menyapa saya dari pelbagai peringkat golongan masyarakat dari kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki dan wanita sehinggalah kepada peringkat warga emas. Jadi mereka inilah yang menyokong dan menonton bola sepak tempatan. Alhamdullilah, setakat ini saya masih belum berhadapan dengan peminat-peminat yang terlalu ekstrem. Kalau berjumpa dengan saya, mereka hanya mahu bergambar. Selain itu, saya juga sering berkomunikasi dengan peminat melalui facebook. Ada yang memberikan komen positif dan tidak kurang juga pandangan negatif. Semua itu saya anggap sebagai cabaran bagi meningkatkan prestasi”, terang Fahmi yang merupakan anak ke-4 daripada 5 beradik ini.


:: Mamat jepun yg mencipta fenomena TsuFahmi ::

Siapa fahmi Sebelum ini? Ramai yang mengenali dan melihat Fahmi kini seadanya. Namun siapakah diri Fahmi sebelum ini? Anak muda ini memang aktif di sekolah dengan pelbagai aktiviti sukan yang disertainya. Namun sukan bola sepak yang paling menyerlahkan bakatnya. Seperti kanak-kanak lain sewaktu kecil, Fahmi juga sering keluar bermain dengan rakan-rakan di padang sehingga lewat petang.

“ Saya bukanlah datang daripada keluarga yang berada. Mak dan ayah mengusahakan kedai makan di Kota Bharu sejak usia saya kecil lagi. Masih saya ingat, ketika mahu ke sekolah sukan dahulu, banyak sekali pengorbanan yang mereka lakukan untuk saya. Merekalah yang banyak memberikan dorongan. Daripada 5 orang adik-beradik, hanya saya seorang sahaja yang aktif dan terlibat secara serius di dalam sukan ini”, ujar Fahmi mengenai latar belakang keluarganya.

Dapatkan Majalah Maskulin keluaran April 2011 untuk mengetahui selanjutnya.


Ni pun 1 hal..Camne aku nak g beli majalah ni.Majalah tu untuk lelaki je.Malu la aku kalau aku g beli kat kedai.Nak suruh my Chenta tolong belikan,hampeh la..My Chenta sangat jeles kalau dia tau aku minat suka tengok mamat jepun ni..Nantilah aku usha camne caranya nak beli majalah ni  :P

Kepada korang yang turut minat si Khairul Fahmi ni,jangan wat pasal k..Dia dah ada awek,cun melecun lagi.Dia xkan jatuh hati punye kat korang.ekekekeke ( gelak Popeye )
Sekian....
:: TQ sbb sudi baca blog ni ::




Saturday, March 26, 2011

Kejadian Yang Aku Miss

Hye,entri kali ni aku nak luahkan rasa kekesalan aku.Kenapa?Bukan kerana cinta,tapi kesal dengan beberapa kejadian yang berlaku tapi aku xde kat tempat kejadian..kui3...


Korang ingat lagi x,around 2009 ada kejadian KB Mall bergegar.Masa tu aku bantai tidur lena kat rumah sewa.Bangun2 je housemate aku cakap....


Ira    : Wehh...KB Mall runtuh !
Aku  : .................. ( mood blur sebab still mamai bangun tidur,so speechless laa )
Ira    : KB Mall runtuh pom mu bulih x sdr?
Aku  : Yoko?Bilo plok ado gempo bumi?X sedar pom..
Ira    : Runtuh sebab keto tepuh !
Aku  : Gano keto hok kecik tuh bulih tepuh KB Mall hok besar tu sapa runtuh?
Ira    : ......................( no explaination )
Ayu  : Tengok TV 3 malam ni..kot ade masuk berite ( loghat ganu )


Dalam hati dok cakap,kenapa la aku xde kat area tu..Kan bez boleh tengok live..Kehkehkeh....


Then kejadian lain bila Khairul Fahmi Che Mat famous mendadak bila Harimau Malaya menang Piala Suzuki AFF.Then x lama lepas tu,team The Red Warriors buat persidangan di KB Mall sebab nak perkenalkan jersi baru x silap aku.Selagi lagi aku terlepas sebab aku suka tengok si Khairul Fahmi tu.Muka ala2 gangters je..hehe...Jangan marah ye Sis Jejariruncing....Ala,kenapa la aku xde kat situ time KFCM ada kat tuh ! Kawan aku cakap dia siap bergambar dengan mamat ensem jepun tu..Jelesnye aku..Sape x kenal KFCM tu memang melampau dah kot..Even mak aku yg dah tua & x minat bola pom kenal mamat tu..


Baru2 ni,produk SimpySiti ada wat promosi..Juga dekat KB Mall...Datuk Siti Nurhaliza Taruddin datang oooo....Cam mane aku xde kat situ? Dia cun ooo...Aku suka tengok kulit dia,haluuussssss je...ehehe...Dia siap wat gimik lagi..Gimik camne? Tagline RAHSIAKU KINI MILIKMU berubah menjadi HOK KAWE LO NI JADI HOK DEMO bila masuk Kelantan...Pandai je wat gimik !


Dan kejadian latest yg aku kesali bila aku xde kat tempat kejadian juga berlaku di KB Mall...Budak nak bunuh diri ! Biar betul? Ingat KB Mall tu tempat bunuh diri ke? Agak2 r kalo tension pom,aku pom tension gak dgn stdy aku.Cuba la bawak bersabar & kalau xleh sabar tu apa kata ambil penyapu,sapu sume habuk dan sampah kat rumah,siram pokok bunga ke..Ada gak pekdahnye...Kalau aku senang je kalau tension,tutup hidung pakai mask or tuala,amik Clorox Depex dan berus jamban..Haaaaaaa.....baik aku sental mangkuk jamban tu,jamban cuci,hati aku pom cuci..dah x sakit hati or tension..hahahhaha..........( gelak psiko !) Kalau la aku ada kat kejadian tu ( masalahnye aku xde kat situ ! ) aku amik selipar aku,aku cepuk jugak budak tu..Hilang akal dah ke sampai nak bunuh diri ?


Ni la video budak nak bunuh diri dgn cara terjun dari bangunan KB Mall tempoh hari..Bwk bertobat le adik kakak !




Tu la sebahagian kejadian yang aku bengang sgt sebab xde kat tempat kejadian..kuikuikui...


                                                        :: TQ sbb sudi baca :) ::

Wednesday, March 23, 2011

Cobaan....

Tajuk entri cam dialog P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok..Tapi entri kali ni xde kaitan langsung dgn cerita beliau.Cek nak habaq kat ampa suma pasai cobaan yang aku lalui minggu ni.Ahad lepas ktorg plan utk shooting iklan.Iklan tu adalah projek mini untuk subjek Advertising semester ni.So,sebelum shooting kita kena la buat storyboard dulu.Tau x storyboard tu ape? Ala,yg lukisan kartun & bila kena shooting kita kena wat pergerakan refer to the storyboard la..Ok,go to the cobaan..hehe


Cobaan 1 :
Abis je kelas terus sewa kereta nak g ke taman utk shooting..Pusing punye pusing tersesat plak..Cmne boleh sesat dalam KB ni..huhu..Around one hour gak la sesat..Then stop jap kat Proton Servis utk tanya bro yg kerja kat situ..Rupanya taman tu dekat je..Ni la org cakap,malu bertanya sesat jalan..Awal2 xnak tanya,kan dah sesat..hehe..


Cobaan 2 :
Hari ke-2 shooting kat Jalan Bayam KB..Ktorg shooting kat sebuah rumah yg berkonsepkan ala Inggeris.Rumah tu milik Nina's auntie.Kali ni x sesat sbb ktorg follow je kereta Nina.Tapi on the way balik,sampai je kat Universiti Malaya Nilam Puri,kereta ktorg yg di-drive oleh Firah tiba2 tersedut,abis minyak plak ! Masa tu dah pukul 12.15 tengah hari..Fikir punye fikir,Firah suruh aku call Eady,our classmate utk mintak tolong.Nasib baik mamat tu boleh tolong.Kalau x,menangis la ktorg tepi jalan tu.Dah la cuaca hujan hari tu,Wawa plak ada klas pukul 12.30..Sabor jela Kak Limah ooiii... 


:: Muka boring tunggu penyelamat datang ::

:: Wawa yg risau dah lewat nak g klas ::

:: Tu dia,Kapten Lalat dah sampai naik Nouvo ::

:: Penyelamat membebel tuduh ktorg x isi minyak dulu ::

Sori la bro,ktorg dah isi minyak tapi xtau la nape minyak tu cpt kering plak..hehe...Ape2 pom,tq sooo much sbb tolong ktorg..Balasannye,ktorg dah isi balik minyak dlm tong tu & akan datang ktorg belanja makan k :)

Cobaan 3 : 
Selasa,our class kena present something about product.Aku pilih utk present produk Bio Oil..Benda dah ada,present jela,x payah kena beli something yg lain kan..Berdebar punye pasal,aku x present pom on that day..Duduk dalam kelas ada aircond,sejuk..Keluar klas je kena cahaya matahari,lega..Sbb tadi sejuk yg amat..hehe..Balik rumah sewa terus basuh kain,washing machine terletak kat belakang rumah..Tiba2,hujan plak..So,aku kena tempias hujan.Petang tu badan rasa lain macam je.Malam tu plak,terus demam..Alahai,sampai hari ni aku demam..Nasib baik Wawa bagi aku panadol & my room mate,Su pom ade belikan panadol & nasi tengah hari td..Aku x larat dah nak bangun.Sekarang bila telan ubat & larat nak  bangun,terus update blog ! hehe... I miss my Incik Blog :)

:: Muka demam,abaikan latar blkg yg brsepah tu ::


:: TQ sbb sudi baca blog ni ::
:: Feel free to drop ur comment :) ::



Sunday, March 13, 2011

Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing



Saya suka blog Cik Jejariruncing ni sbb :
1 > Cik Jejariruncing punye blog ni simple & sweet je..so,xde la belit2 nk baca & faham
2 > Tau blog Cik Jejariruncing dr sorang member.Lps KFCM dpt perhatian lps menang Piala Suzuki hari tu.
3 > Cadangan utk Cik Jejariruncing utk mantapkan blog ni adalah bykkan entri kelakar,sihat & diari Cik Jejariruncing.


Soalan :
1 > Bila nak langsungkan perkahwinan? Lambat2 nanti kena kebas..hehe



Friday, March 11, 2011

Konvo + Posing

Actually aku nk tulis entri ni since aku bangun pagi td lagi.Ntah cmne ntah,rasa malas je plak & mood jadi x menentu..ececehh..Ok2,kembali serius bai..Di pagi hari yg murni ni,aku teringin plak nk tulis pasal hari konvokesyen PKB yg ke-24 2011..Aku tulis ringkas je k,so korang xde la fikir aku ni belit2 sampai korang x paham..


AHAD,6 MAC 2011 - Raptai Jabatan Perdagangan
ISNIN ,7 MAC 2011 - Konvo Jabatan Perdagangan & Raptai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
SELASA,8 MAC 2011 - Konvo Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Raptai Jabatan Kejuruteraan Elektrik
RABU,9 MAC 2011 - Konvo Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Raptai Jabatan Kejuruteraan Awam
KHAMIS, 10 MAC 2011 - Konvo Jabatan Kejuruteraan Awam


Disebabkan aku ni x ramai kawan dgn student Perdagangan & Awam,aku x berkeliaran pom semasa diorg konvo..hehe...Tp masa konvo Mekanikal & Elektrik aku yang paling hepi.Why? Mesti la sbb aku ramai kawan dgn bdk Mekanikal & Elektrik bai..Ok,aku malas nak tulis panjang2,layan sje gmbr2 kat bawah ni..


:: Ni bdk2 Automotif Diesel ::

Bdk2 Automotif Diesel ni most of them adalah kawan aku.Mesti korang tertanya2 kenapa aku suke kawan dgn bdk laki.Jwpn aku 1 je,bdk laki ni sempoi.X banyak hal.Lagian,most of awek diorang ni berkawan jgk dgn aku.So,xde timbul isu jeles.Ok,now,teka yang mana satu my chenta? haha..bajet je kan?

:: Dari kiri Aje,Syafiq,My chenta,Judin ::

Korang mesti tergezut gempak gile r & bangga aku letak muke korang tuh dalam blog aku yang x brape nak gempak ni..ekekeke...

:: Kiri Faizal a.k.a Tokan,kanan Fadzrul a.k.a Yoe ::

Haa....Try korang tgk kat jubah si Tokan tu ada ape? Pingat Anugerah Ketua Jabatan tu..Thats mean dia dapat pointer lebih dari 3.50..Tahniah ye..Tp bila aku tanya dapat pingat x? Apsal mu jawab x dapat? elelele...Merendah diri la tu..haha...ok,Tokan tu pakwe kepada Elle Fluffy yg sangat cute.Yoe tu plak pakwe Sha yg cun melecun.Ok,dah puji dua2,jgn gaduh2 k..haha

:: Yg ni Sha,cun melecun kan ::

Datang dari jauh (jauh ke?) semata2 nak tgk dia punye hubby konvo..hehe...Sweet korang :)

:: Ni my chenta punye nenek ::

Huhuhu,segan + nebes aku time jumpa hari tu..Tp cover la sket,nanti x cun..ahaks.. :P

:: Jgn ada yg jeles,tp mesti ada yg jeles punye :P ::
:: Aku,Faizal @ Tokan & Sha ::

Biasa la,dah lama x jumpa kawan2.Time konvo ni je dpt jumpa balik.Time ni la nak bergambar sakan..hehe..apa lagi,bergambar !

:: Ni BFF aku,Linda & Faizal @ Tokan ::

Sebut sal Linda ni,eh silap,Kak Linda ( dia tua stahun dr aku ) bila mu nk email gambar2 mu konvo kat aku?Aku x masukkan gambar mu konvo nanti mu mrh aku plak :D

:: Trio,credit to Sha ::

Gambar ni aku ambik dari Sha..TQ ye syg..Dan gambar yg paliinggg aku suke ialah gambar yg palliiinnggg semppooooiiiii ni......

:: Ambik ko,4 couple tu ::

Semoga kita sume berbahagia la hendaknye..hehehehe..

Gambar2 yg aku tunjuk kat atas tu sume yg Mekanikal punya konvo,Elektrikal punya konvo aku xtau la kenapa kawan2 aku x email lagi gambar2 diorang,aku plak x pakai kamera aku sendiri sbb aku pakai kamera fon je.Selesai je bdk2 Mekanikal ni konvo,petang tu ktorang g lepak kat Kopitiam D Cili.Tq to Tokan,Judin & my Chenta sbb dgr luahan masalah aku petang tu..Aku hargainye...

Btw,aku ucapkan TAHNIAH kepada korang sume yg konvo tahun ni.. :)

:: TQ sbb sudi baca blog aku ::







Monday, March 7, 2011

Sorry Awak

Sorry.Kenapa sorry?org ckp sorry bila org tu buat slh.Tp kenapa aku ckp sorry.Emm...sorry la der..aku ckp sorry sbb aku rasa aku menyusahkan someone.Siapa someone tu?Of cosway course la my chenta.Tiba2 je aku rasa bersalah je sbb aku menyusahkan my chenta.Dah la dia jarang2 balik.Dia keje kt Kolumpo,aku plak study kat Kota Bharu.Bulan ni dia balik sbb nak datang majlis konvokesyen dia.Yela,study penat2 x kan x nak konvo.Eh,lari topik plak..


Sorry la cyg,awak ( awk? ) byk susahkan diri utk saya.Awak rela amik hantar saya jauh2,belanja saya makan lagi,Mc D,nasi kukus ZAEMAN,belanja beli tu beli ni.Mcm2 laa...Bila saya mintak maaf awak ckp xpe,xde susah2 pom..huhu..terharu je rasa..Saya bukan kaki kikis wak..huhu...dah awak syg saya,mesti la awak belikan saya mcm2 kan?hehe...nanti saya abis study & saya keje saya belanja awak plak k..


Padahal saya ni selalu je angin dgn awak,tp awak sabar je lyn saya..huhu..Tq chenta..Saya sayang awak tau..  :)


Saya tau awk dah jadi folllower saya,& minggu lepas awak baca blog saya ni..then lepas ni awak kembali bz dgn keje2 awk,awk dah x sempat punye nak baca entri ni. Xpela awk,nanti awk cuti hujung minggu awk mesti g Cyber Cafe & baca entri ni kan? ekekeke...prasan plak aku ni..


SORRY AWAK...


:: Kalau saya mrh awak,awak senyum je ::

Awak tau saya ni cpt marah,tp awak tetap nk pujuk..Kalau saya mrh,awak senyum2 je..awak cool je..Sorry awak,kalau saya mrh tu,saya akan sejuk slps 10 minit..hehe.....walau pe2 pun saya syg awak tau.. :)


Pastu,ape lagi eh..Sebenarnya aku ni dah byk merapu kepunden maram sekeper..hehe...dah lari jauh dr topik kt atas tu..hehe..btw,TQ la kpd sume sbb wlaupun aku ni byk merapu,korang ttp baca entri aku yg ntah pe2 ni..


                                             Tq sbb sudi baca blog merapu ni :)

Friday, March 4, 2011

Atasi Hati Yg Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada byk, dan keberkesanannya terpulang pd ketahanan mental kita, emosi kita, kesabaran kita. Tp aku boleh jamin cara yg aku kongsikan ni, sebelum aku tulis ni,  telah diguna oleh kebanyakan org dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.  


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.                                         
Bunyinya senang nak dibuat, tp perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja kita sering merasa sedih sbb byk kali mengingat kenangan pahit @ selalu kembali ke memori silam yg lalu, betul x? Kita kena cut connection feeling kita dgn emosi yg lalu. 

Anda xkan dpt melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tp lakukan step by step dgn mengalihkan perhatian kita kpd perkara lain. Proses ini mengambil masa, tp ia boleh dipercepatkan dgn disiplin diri.

2. Belajar Rajin Bersyukur.                                                       
Ucap syukur ats kesemua yg kita ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana kitamasih ada 5 deria yg lengkap, kita boleh melihat & menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung @ sudah berada di ALAM KEDUA), kita ada kawan rapat yg memahami kita & kita  mempunyai handphone kesayangan kita. Ucap syukur seikhlas hati, sebyk yg mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.   

3. Belajar Menjadi Pemaaf.                                                       
Sikap pemaaf dpt membersihkan hati dr perasaan negatif & emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, x puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yg melekat bersarang di minda kita.

Ketahuilah, kita selalu rasa sedih & kecewa sbb kita xmemaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita x memaafkan kesalahan org lain tehadap diri kita satu ketika dulu, ataupun… kita susah menerima hakikat perbuatan salah org lain terhadap diri kita, yg membuat kita sedih, kecewa & geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf & menghapus semua ni lalu menarik ketenangan dtg pd diri kita.

4. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.                                               
Ketawa bkn dibuat-buat, tp biar ketawa yg benar2 menggembirakan kita & menjadikan kita girang. Tonton video yg lucu, baca cerita yg lucu, dekatkan diri kita dgn rakan2 yg lucu serta cari “funny side” dlm setiap situasi, agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dpt menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sdgkn kita boleh ketawa? Come on...

5. Ubah Fikiran                                                                   
Kita x boleh merubah situasi yg boleh membuat kita kecewa, sedih & murung. Tp, kita boleh merubah fikiran kita & apa yg kita fikirkan tentang situasi2 tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara x berpihak kpd kita, cari cara  bagaimana kita boleh jumpa nilai2 positif di dalamnya.  

Fikir yg baik2 je, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah & segala yg baik2 dtg sendiri pd kita. Kita menjadi apa yang kita mahukan.                           
                                                                                   
Buat apa fikir yg buruk sedangkan kita boleh tarik semua yg baik2? Fikir yg buruk, kita dpt yg buruk la jawabnya.     

6. Hati Mesti ‘Keras’.                                                           
Bkn keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yg tinggi, pandai mengawal emosi & menerima hakikat dgn hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan & macam2 lg bkn sekadar dugaan, tp balasan pd perbuatan2 kita di masa lalu.   

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Try ingat balik kejahatan kecil yg kita lakukan pd org lain, mungkin ada walau kita x sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik &  berfikir yang baik2 pd semua org, benda, perkara, situasi & keadaan.   

7. Senyum Selalu.
Kata org senyum tu penawar duka.Emm...mmg btl la senyum tu boleh mengubat hati.Dgr lagu SENYUM nyanyian Najwa ni pom bleh buat aku senyum..:)  


                                    
                                                          :: Lagu senyum ::

Sebelum masuk tidur, set minda utk jd ceria pd keesokan harinya. Lafazkan dgn nada berbisik. Relax, jgn terlalu mendesak diri.                    
                                                                                
Slps bangun tidur, katakan pd diri ini adlh hari yg baru utk kita.  
                                                                                
Tekadkan diri utk menjadikan hari yg baru tu hari yg baik, sungguh baik, sebaik yg mungkin dr hari yg sebelumnya.



                                    :: RENUNG2 KAN & SELAMAT BERAMAL ::

                                            p/s : TQ sbb sudi baca blog hodoh ni :)
                                                                                                                      
                                         

Tuesday, March 1, 2011

Commerce Event

Utk post kali ni,aku nk cerita sket sal event yg brlangsung di tmpat aku blaja ni ( Politeknik Kota Bharu )..Event ni diberi nama EMPLOYABILITY & ENTREPRENEURSHIP EVENT yg di anjurkan oleh PERSATUAN PELAJAR PERDAGANGAN PKB.Objektifnya utk pastikn student lepasan poli ni boleh dipasarkn.

:: Mjlis Perasmian di adakan di Dewan Jubli Perak PKB ::

Event ni brlangsung selama 2 ari brmula 28 Feb-1 Mac 2011.

:: Aku & Wawa ::

:: Ramai gak student yg join mjlis ni ::

Mcm2 program yg di adakan sprti Mjlis Perasmian,Seminar Keusahawanan.Bnda ni aku x amik pusing pom sbb aku x minat program duduk & dengar dlm dewan,bleh wat aku ngantok je...hehe..then mlm plak ade program Malam Bersama KJ.Mcm2 persembahan yg bdk2 ni buat.aku pom ade gk dlm dewan tu,but after wakil klas aku siap persembahan,aku trus blah.duduk lame2,aku ngantok + lapar + pening2 je.Gambar2 persembahan aku x snap pom,sbb syok sgt lyn sampai pening.

:: Ni aku.mekap mengalahkn datin2..huhu ::

:: Ni plak Kak Chika ::

:: Syima & Firah,my room mate ::


1 mac plak ade program Hands On Training..haaa...program ni di bwh seliaan IKS..kira pihak PKB jmput pihak luar utk bg tunjuk ajar tentang kemahiran2 buat produk.bnda ni pom aku x amik pusing sbb aku sibok brjualan di gerai klas ktorg..hehe...so,gambar2 Hand On Training 2 xdela sbb aku x join.tp gambar2 kt gerai ade la sket..

:: Ni lah gerai ktorg-jual nasi ayam,laksa penang & air ::

:: Amboi,sibok diorg lyn customer ::  

Then ptg sket ade program Sukan Rakyat.Aku & Wawa join game Semakin Hari Semakin Sayang..Ala yg lempar belon ade air tu la..Sesetengah org pgl game ni Balingan Sayang.Aku main game 1st round hepi la sbb belon 2 x jatuh. Then 2nd round aku tension tol r,aku lempar je belon tu n Wawa xleh sambut dgn baik..Imagine la cmne bila xleh sambut belon tu.Abis basah kuyup si Wawa tu..haha..xpela,x menang pom xpe,main just utk hilangkn tension & suka2 je.

:: Ni muka letih pas main,mcm la letih sgt kn..hehe.. ::

:: After kemas brg,nak balik daaa ::

p/s : sedikit gambar selingan..hehe

:: Ariff nk melamar Mala,bagi cup cake coklat,gurauan semata2 ::

:: Hiasan purple ni aku beli,utk org trsyg ::

Thanks sbb sudi baca blog uduss ni.. :)