Wednesday, July 24, 2013

Kisah Aura White

Assalamualaikum..Salam Ramadhan :)

Hari ni aku nk story pasal 1 produk ni, orang cakap produk ni baekk punya ( buat gaya Dafi )..Mesti curious kan camne aku buleh terjebak dgn produk ni?

Ceritanya camni, aku tersilap beli pencuci muka tiruan dan muka aku naik jerawat yang aku kira sangat teruk dalam sejarah hidup aku..Then mak and cik abang aku membebel la bila tgk muke aku,seriously aku rase down sgt bila makin ramai tegur pasal muka aku. Aku ni jenis kurang keyakinan diri,makin la tak yakin bila ada masalah ni.

So aku survey punye survey, mula2 igt nk consume Maixara-C-Sential, harga dia boleh tahan la,so-so dgn modal aku. Aku survey lagi then terjumpalah Aura White.

Tadaa...

:: Ni packaging baru dia ::

Tengok2 duta dia, pelakon Hanez Suraya 2,mak aihh,cantik gila dia..dah la aku ni senang terpengaruh..haha..

Aku pikir la kan,alang2 nk beli baik beli yg mahal terus,mana tau berbaloi. So aku beli la dari ex-schoolmate aku, Nazhah Hasbi (glamer ko jah aku mention name ko kt cni)..Dpt harga murah RM130 including postage siap ade free gift lg-shaker,masker white,masker gold,masker cucumber,lip tint and ade lg la 2,3 items.

Setakat ni dh seminggu aku consume mende alah ni, x nampak lg la perubahan kulit aku ni, maybe aku kena lalui proses detox dulu,minum air masak byk2 kasi buang toksin dalam badan,bru produk ni senang nk serap dalam tubuh,ye tak..maybe kena abiskan dulu 1 jar baru nmpk kesan. ok2,aku sabar menanti..as long as muke aku x menggelupas mcm produk2 lain pom aku dh bersyukur.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas kakak aku balik kampung,seriously aku terkejut tgk perubahan muka dia. So flawless,pink and licin sgt muke dia,tanya punye tanya dia dh sebulan consume Maixara-C-Sential.

:: Ni haa ::

Seriously aku jeles tgk kulit muke akak aku, xpe2,tunggu hasil dari Aura White dulu camne, nanti aku tunjuk testimoni aku sendiri..kih3..

Tu je aku nk story..hihi..Good Night :)


Sunday, March 24, 2013

Kembali Lagi

Assalamualaikum

Hari ni aku kembali lagi nk menulis ape yg aku rasa nk tulis,rasanya tahun ni aku xde coret ape2 lg dlm blog aku ni,al maklum la sbg sorg student yg baru masuk semester 2,kehidupan aku agak kalut,laptop aku plak buat perangai,wifi connection problem,printer aku rosak.eh,boleh guna ke alasan tu? hihi

Ni aku nak story la kan kehidupan aku pada semester 2 ni,kalau dulu masa semester 1 semua benda lecturer bagi je,nota semua,masuk je semester 2 hamikk kau,semua kau kena korek cari sendiri,ni baru lah orang panggil survive.masa ni baru la aku tahu nak berdiri di atas kaki sendiri la konon kan.dah la semester ni agak short berbanding semester lepas,so semua benda agak rushing la.

Ape yg aku buat sepanjang semester ni eh?macam bizi sgt la kan...semester ni aku dah terpaksa cari rumah sewa utk aku stay utk semester depan dan seterusnya,nasib baik la aku dan kawan2 jumpa rumah yg agak murah rating harganya,RM800 utk rumah double story,semester ni aku gatal pegi amik dua subjek tahun 2,so memang payah la kan,baru tahun 1 tp dah pegi amik subjek tahun 2,baru la aku kalut nak jumpa lecturer nk mintak more explaination.semester ni jugak aku ada acara makan2 with my mentor,DR AZIZUL YADI BIN YAAKOP,kira dia belanja ktorang mentee2 dia yg baru lepas dapat result exam ni kan.


Semester ni jugak aku ada beli barang kemas dengan cik abang aku,korang jgn tanya kenapa aku beli,ada 2 sebab,1st sebab emas tgh murah sekarang ni kan,2nd sbg langkah persediaan utk aku dan dia melangkah ke fasa seterusnya :)
ok,2 je..huuhu

Dan semua dah maklum adik2 lepasan SPM baru je dapat result,aku nak ucap tahniah la bg yg dpt result best,pada yg dpt result x brape best 2 jgn risau,bg lagi jalan2 yg korang boleh pilih.Nak dpt nasihat free,meh rajin2 la inbox fb aku ok..

Choww,

TQ FOR KEEP READING :)

Sunday, November 18, 2012

Misteri Kehilangan Bobo

Assalamualaikum..

Hari ni aku nk cerita pasal kehilangan Bobo. Kisah ni dah lama berlalu,dalam 3,4 tahun yg lepas,masa tu aku form 5 kot,dan adik aku Adam ketika tu form 1. Adam ni sgt suka haiwan,kami skeluarga pom memang suka binatang ternakan dan ketika tu dia memelihara seekor hamster yg dipanggil Bobo.

Sayangnya Adam pada Bobo jgn dok cakap la,siap bermain bola,gosok2 bulu Bobo,bagi mkn,mandikn Bobo je xpenah sbb takut Bobo mati kesejukan. Kadang2 aku tengok Adam ni suke berbual2 dgn Bobo. Memang kami skeluarga suke haiwan dan memang akan berbual dgn haiwan mcm kucing dan ayam,bukannye berbual mcm korang berbual dgn kawan2 korang,tp maksud aku bercakap dgn binatang ni seolah2 binatang tu paham ape kita cakap.

Kadang2 aku dengar Adam marah2 Bobo sbb buat bising masa Adam nk tido.Sebab Bobo ni hobi dia suka gigit besi sangkar dia even masa tu Adam dah bagi dia mkn kenyang2,so bila dia gigit2 besi tu akan mengeluarkan sedikit bunyi.

Masa cuti sekolah tahun tersebut,Adam ikut mak aku pergi ke rumah abg aku di Shah Alam.Sebelum pergi,Adam tinggalkan Bobo kpd aku dgn pelbagai jenis nasihat,cara2 penjagaan,masa makan Bobo,suruh jaga Bobo elok2 dan whatever so on..Dan sedikit ugutan kalau2 Bobo jatuh sakit atau mati semasa Bobo di bawah jagaan aku.

Lalu Adam pom pergi lah bercuti ke Shah Alam dan tinggallah aku di rumah setiap hari sambil menjaga Bobo ibarat menatang minyak yg penuh. Waktu mkn Bobo aku xpernah lupakan.Gila kalau aku lupa,nanti matilah Bobo tu ! Setiap waktu aku menjenguk Bobo dan perhatikan ape Bobo buat,dan aku pesan dekat Bobo,jangan buat perangai semasa tuan kau xde !

Sehinggalah satu hari,kakak aku yang sulung balik ke rumah dan dia tanya psl Bobo,masa tu hari dah malam.Alang2 kakak aku dah tanya,aku rasa nak p jenguk la si Bobo ni,tengok apa dia buat,makanan yg aku bagi dah abis makan ke blom.Dan tadaaaaaaaaaaaaaaaa...............

Aku tengok BOBO HILANG ! XDE DALAM SANGKAR ! dan masa tu aku tengok PINTU SANGKAR BOBO TERBUKAK !

waaaaaaaaa........mana Bobo pergi? padahal lepas aku bagi Bobo makan,aku dah tutup pintu sangkar tu.Kenapa kau buat hal Bobo?

Aku rasa dunia makin gelap,yela sbb dah malam time tu.. Lalu aku suruh anak saudara aku tolong aku carikan Bobo dalam bilik adik aku yg bersepah tu.Masa tu aku terbayangkan mesti Adam naik hantu marahkan aku sbb Bobo hilang.Aiyaa...Bobo ! Aku risau takut x jumpa Bobo,aku risau takut Bobo gigit buku2,baju2 adik aku.

Lepas puas mencari,anak saudara aku terjumpe Bobo di tepi bantal tido Adam.Bobo diam je,x bergerak sambil matanya tengok ke arah aku..OOh Bobo ! Aku amik Bobo dan letak balik dalam sangkar dan KUNCI PINTU SANGKAR TU. takut Bobo lari lagi,aku dah hampir menangis masa tu.Agaknya Bobo rindukan Adam.

Bila Adam balik rumah barulah aku cerita pasal Bobo hilang,nasib baik dia x marah,yela sebab Bobo ade dpn mata..Dan x lame lps tu Bobo meninggal.Tak tahulah kenapa,masa tu aku dah balik asrama sekolah.

Rindunyeee dkt Bobo.Sampailah hari ni,kami dah x bela hamster lagi.Dan aku bercadang kalau aku nak bela hamster nanti,aku akan bagi hamster aku nama BOBO !

TQ

Saturday, October 13, 2012

Survival Laut

Assalamualaikum.. Wah wah wah.. dah lama aku x update blog ni, last entry bulan julai, ni dah bulan oktober. hoho.... rindu dekat blog sgt la menebal tp since kembali pegang status sebagai student UMT ni, aku sgt sibok..

Hari tu terasa jgk nk update psl first week aku dekat UMT ni, gambar2 semua dah ade cuma rasanya isu tu dah basi kot..haha.. xpe, hari ni aku nk story pasal survival laut. Semua student UMT WAJIB join survival laut. survival ni diadakan semasa student still kat tahun satu.survival ni UMT buat dekat pulau bidong iaitu pulau persendirian UMT dan di jadikan stesen penyelidikan UMT.

Meh aku nak story sket psl aktiviti survival ni. setiap sesi akan digabungkan dgn dua program. masa aku pergi tu program aku sarjana muda pengurusan pemasaran digabungkan dgn student dari program sarjana muda biologi marin. bila dah gabung kami dibahagikan kpd 4 kumpulan iaitu JERUNG, PARI, KETAM dan UDANG. aku ditempatkan dalam group JERUNG dan setiap aktiviti mestilah dibuat mengikut group.
Aku yang memang sgt suka pantai dan pulau ni of course le rasa teruja nak pergi survival laut tu. sebenarnya survival tu meliputi 20% markah kokorikulum ktorang dekat UMT. macam nak bagi markah free je kan? join survival terus dpt 20% markah tu.

Survival ni ade 6 bahagian :
1. Water Confidence
2. Snorkelling
3. Fishing
4. Jejak Warisan ( Jungle Trekking )
5. Kayak
6. Persembahan Kebudayaan

Semua ni ada markah tau dan semua student WAJIB join semua bahagian :)

First sekali kami kena join water confidence dimana kami kena pakai jaket keselamatan dan di ajar utk berenang menggunakan teknik2 tertentu. bila dah pandai berenang sket2 dan confirm xkan tenggelam sbb pakai jaket, kami kena berenang ke tengah laut sket dari pantai dan kena naik atas bot yang disediakan. then dari atas bot, kami kena terjun ke dalam air yg fasi bagitau kedalaman air tu dalam 30kaki kot. makk oiii, dalam tu. patut la ade sorang student laki ni menangis2 kt tengah laut sbb xnak terjun,bila ditanya kenapa, dia jawab saya takut mati ooo.. ahaha..tapi alhamdulillah, aku ok je dan dpt berenang balik ke pantai.

Aktiviti kedua dan seterusnya kami rotate ikut group. Snorkelling ? sungguh aku x minat sbb kena brnafas pakai ape ntah yg orang pakai dkt mulut tu,tapi aku nak story. masa snorkelling tu aku dapat tgk dasar laut yg sgt indah,ikan dan coral sgt cantik.

Kemudian group aku lalui Jejak Warisan dimana kami dpt tgk sejarah dan peninggalan pelarian Vietnam dulu2. Sebagai anak Terengganu sejati, aku sgt x sangka kat pulau tu ade sejarah peninggalan Vietnam.

Then, bila lepas turun dari Jejak Warisan group ikut naik kayak keliling pulau bidong. part ni aku suka sbb kayak ni aktiviti yg lebih relaks tapi perlu kekuatan tangan.sampai lenguh2 tangan aku pegang pendayung tu,tapi nasib baik le partner aku lelaki, so kudrat dia lebih tinggi..aku tumpang dayung je..haha..

Aktiviti air selesai sebelum maghrib, dan kami tidak dibenarkan mandi menggunakan sabun, syampu, facial cleanser dan apa2 sahaja sebab air sabun tu akan merosakkan coral di dasar laut disamping nak jimatkan air..

Malam plak kami kena buat persembahan. group aku buat nyanyian lagu WARISAN dan lagu GEMURUH dan well done ! kami langsung x menang hadiah persembahan..haha

Bawah ni aku sediakan sedikit gambar semasa survival. tapi gambar aktiviti seperti terjun dari bot,snorkelling,kayak dan jejak warisan susah sket nak amik gambar,yela semuanya aktiviti air.

 :: Masing2 happy je masa ni ::


:: Ni ahli group JERUNG ::




 :: Dah kelihatan pulau bidong ::




 :: Yeay, dah sampai ::




 :: Ahli JERUNG buat trademark sket, tapi ade ahli group lain menyibok kat blkg ::


 :: Masa fishing masing2 dah letih dan ada yg mabuk laut ::



 :: Beratur nak have dinner, sempat lg posing ::

 
 :: Tarian Jameela dari group UDANG ::


 :: Ahli JERUNG posing dgn kem komander ::


 :: Lepas guna kayak, sila angkat beramai2 ye ::


 
 :: Ahli JERUNG masuk sangkar, haha ::


:: Lepas majlis penutup, pakat posing ramai2 ::

 
:: Otw balik ke jeti, semua dah letih ::


 :: Yeay, dah sampai jeti Merang ::



 :: Indahnya pulau kat MALAYSIA ni ::

Lupa aku nak habaq, group aku JERUNG menang cheer song terbaikkk ! yeay ! :) aumm, aumm, aumm.... :D

Spot the differences, ce teka ape yg berbeza? haha,sape leh jawab sila contact inbox fb aku k :)


TQ for keep reading entry panjang lebar ni :)




Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak story sket psl nak sambung study.. So far, result permohonan dah keluar jumaat lepas dan aku dengan sepantas kilat terus bukak website utk check aku punye result.. Biasalah, bila ramai pemohon pakat dok bukak website tu akan buat website tu lambat loading. Lagi la buat jantung aku ni bagai nak luruh depan laptop.. Dan akhirnya..........


Tadaaaaaaaaaa......... !!





ALHAMDULILLAH... Result ni amat la buat aku berdebar dan gementar sangat.. Yelah,risau takut x dapat.. Tapi bila dah tengok result ni of course le aku melompat2 kegirangan ibarat aku ni kanak2 ribena.

Apa yang buat aku kegirangan sgt ni?


Sebab aku dapat universiti pilihan aku dan dapat kos pilihan aku  :)

Sebab classmate aku dekat poli pom dapat kos dan universiti sama macam aku :)
Ok,aku melompat riang sampai pecah bumbung.. Emm, ok, tu tipu , x pecah bumbung sbb kaki aku pendek..


Yang paling penting, universiti ni dekat je dengan rumah aku :)
Lebih kurang sejam 30 minit jugaklah dan dekat je dengan rumah kakak aku dan saudara aku yg lain. Jimat duit tambang bas nak balik kampung nanti.. Ahaks.. Tau nak jimat je kn? :)


Terima kasih la kepada sape2 yg mendoakan aku terutama mak ayah aku dan family aku yg byk bagi semangat dan nasihat..

Sekarang ni aku tengah sibok dgn urusan nak daftar online la,isi borang,nk buat medical check up lagi.

Aku berdoa semoga urusan aku menjadi lancar dan mudah.. Aminn..


TQ for keep reading.. :)

Feel free to drop your comment :)

Saturday, July 14, 2012

Ya,Aku Obses Dengan Produk Pencerahan

Assalamualaikum..

Lamanya aku x hapdate blog ni, sampai nak tekan new post pom merata aku cari..haha.. bukan xnak hapdate tapi disebabkan internet connection selalu aje problem, so terpaksa la aku pendamkan hasrat nak hapdate blog biarpun hasrat tu dah meronta2.. :D

Hari ni aku nak story pasal obsesi aku terhadap produk whitening. Kenapa?

SEBAB AKU SELALU KENA PERLI DISEBABKAN BERKULIT GELAP SEDANGKAN SIBLINGS AKU YANG LAIN SEMUANYA BERKULIT CERAH !

Nak x nak, aku xnak kalah dengan segala sindiran dan perli orang terhadap aku. Oleh kerana aku berdarah campuran chinese sebelah ayah aku + aku berkulit gelap ( ikut mak aku ), aku sering obses dengan segala produk pencerahan. X salah kan kalau aku usaha nak cerah? haha.. ( gelak psiko )

Produk yang biasa aku pakai setiap hari :


#1

Nivea Extra Whitening Cell Repair & Protect




Rasanya dari tahun 2009 kot aku setia dengan jenama Nivea ni,eh..diorang ni xnak ambik aku jd jurucakap diorang ke? hehe

#2

Bio Oil



Yupp,Bio-Oil.. Aku rasa produk ni wajib ade sebab kulit muka aku sangat mudah untuk melekat parut ( betul ke ayat aku ni?) hehe.. Sekali naik jerawat tu memang susah la nak hilang parut dia, bukan parut ape pom, just jerawat tuh suka sangat tinggalkan kesan lebam pada muka aku.. Bukan sekali sapu terus hilang parut, kena pakai setiap hari la, lama2 nanti akan mengecil dan makin hilang parut anda.. hehe


#3 

Nano White



Sebenarnya, bukan dua ni je produk Nano yang aku ada. Aku ada jugak pakai krim malam Nano. So far, dapat cerahkan sket kulit muka pom jadi la kan? Huhu



Ni pilihan produk aku, anda bagaimana ? 



TQ for keep reading :)






Wednesday, May 16, 2012

Tangan & Futsal

Assalamualaikum..

Rasanya sudah lame aku x hapdet blog ni,mungkin dah bersawang & lelabah pom siap buat rumah dlm laman blog aku ni...-----------merapu !

Hari ni aku nk cite psl seseorang.. jejaka F di mana tgnnye berbalut sewaktu aku berjumpa dengannya..
( kisah benar )
Aku : Bro , kenape dgn tgn ? ( merujuk tgnnya yg berbalut )
Jejaka F : Main futsal
Aku : Main futsal guna kaki,kenape tgn yg berbalut ? (curios nk tau )
Jejaka F : Memang la tp tgn langgar tiang gol..
Aku : LOL-- jawab jela langgar tiang..

Tu saje nk gitau..haha..times up.. TQ for reading entry merapu ni.. :D