Hari ni aku nk cerita pasal kehilangan Bobo. Kisah ni dah lama berlalu,dalam 3,4 tahun yg lepas,masa tu aku form 5 kot,dan adik aku Adam ketika tu form 1. Adam ni sgt suka haiwan,kami skeluarga pom memang suka binatang ternakan dan ketika tu dia memelihara seekor hamster yg dipanggil Bobo.
Sayangnya Adam pada Bobo jgn dok cakap la,siap bermain
Kadang2 aku dengar Adam marah2 Bobo sbb buat bising masa Adam nk tido.Sebab Bobo ni hobi dia suka gigit besi sangkar dia even masa tu Adam dah bagi dia mkn kenyang2,so bila dia gigit2 besi tu akan mengeluarkan sedikit bunyi.
Masa cuti sekolah tahun tersebut,Adam ikut mak aku pergi ke rumah abg aku di Shah Alam.Sebelum pergi,Adam tinggalkan Bobo kpd aku dgn pelbagai
Lalu Adam pom pergi lah bercuti ke Shah Alam dan tinggallah aku di rumah setiap hari sambil menjaga Bobo
Sehinggalah satu hari,kakak aku yang sulung balik ke rumah dan dia tanya psl Bobo,masa tu hari dah malam.Alang2 kakak aku dah tanya,aku rasa nak p jenguk la si Bobo ni,tengok apa dia buat,makanan yg aku bagi dah abis makan ke blom.Dan tadaaaaaaaaaaaaaaaa...............
Aku tengok BOBO HILANG ! XDE DALAM SANGKAR ! dan masa tu aku tengok PINTU SANGKAR BOBO TERBUKAK !
waaaaaaaaa........mana Bobo pergi? padahal lepas aku bagi Bobo makan,aku dah tutup pintu sangkar tu.Kenapa kau buat hal Bobo?
Aku rasa dunia makin gelap,yela sbb dah malam time tu.. Lalu aku suruh anak saudara aku tolong aku carikan Bobo dalam bilik adik aku yg bersepah tu.Masa tu aku terbayangkan mesti Adam naik hantu marahkan aku sbb Bobo hilang.Aiyaa...Bobo ! Aku risau takut x jumpa Bobo,aku risau takut Bobo gigit buku2,baju2 adik aku.
Lepas puas mencari,anak saudara aku terjumpe Bobo di tepi bantal tido Adam.Bobo diam je,x bergerak sambil matanya tengok ke arah aku..OOh Bobo ! Aku amik Bobo dan letak balik dalam sangkar dan KUNCI PINTU SANGKAR TU. takut Bobo lari lagi,aku dah hampir menangis masa tu.Agaknya Bobo rindukan Adam.
Bila Adam balik rumah barulah aku cerita pasal Bobo hilang,nasib baik dia x marah,yela sebab Bobo ade dpn mata..Dan x lame lps tu Bobo meninggal.Tak tahulah kenapa,masa tu aku dah balik asrama sekolah.
Rindunyeee dkt Bobo.Sampailah hari ni,kami dah x bela hamster lagi.Dan aku bercadang kalau aku nak bela hamster nanti,aku akan bagi hamster aku nama BOBO !
TQ
No comments:
Post a Comment