Monday, October 31, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan ENGINEER ?



Assalamualaikum..

Hohoho.. Begitu bahagianya aku menaip pada entry kali ini. Kenapa? Dengan sukacita dan bermurah hatinya ade sorang hamba Allah text me last week & tanya bila nak update blog? haha.. x sangka aku ada jugak yang minat nak baca aku membebel dalam blog ni.

About the topic of this entry, sebenarnya dah lama aku pikir, cuma hari ini baru nak update..whoaahhh....


Mengapa korang kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada korang . Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang x terjangkau banyaknya untuk memahami korang. Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka. Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri korang juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya korang -adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri korang  pada mulanya, mereka akan terus berusaha. Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan korang  gembira. Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan korang

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan korang

-graduan seni yang akan mengubah penampilan korang

-graduan perubatan yang akan menjadikan korang seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan korang satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama korang salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada korang selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan korang

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada korang

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang korang

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat korang seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada korang. Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang korang pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan korang , tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong. Mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

p/s : aku juga prefer lelaki engineering terutama mekanikal dari dulu sampai sekarang..hehe..

tQ... :)


1 comment: