Tuesday, December 13, 2011

Cuti Yang Paling Best !

Assalamualaikum..

Lame aku x update blog. Hari ni aku nak update story baikk punyaaa...

Ahad yg lepas aku pergi ke 5 destinasi pelancongan menarik.. 5? yess... LIMA !
Meh aku list-kan biar korang paham ye..

Pagi - Ke DUBAI with Chef Wan utk rancangan Ekspedisi 2011


Pukul 2 - Uzbekistan with Vanidah Imran utk rancangan Nona


Pukul 5 - Ke Old Trafford, Manchanster with Aidid Marcello utk rancangan MyTv3


Pukul 6 - Ke Port Dickson with Aidid Marcello & Sherry utk rancangan Maksima


Pukul 7.30 mlm- Ke Jogjakarta with Edd Razhe & Elfira Loy utk rancangan Travelog AirAsia..



Wahhhh...Kemain lagi aku makan angin..aku pergi lima destinasi dalam masa satu hari.. Korang hadoo? takdo kan? aku sorang jo yg ado..memang xdo kat mano2,den sorang jo yg ado setakat ni..haha

Tu sebenarnye aku tgk rancangan dalam tv je sepanjang hari ahad lalu..aku pon xtau kenapa ahad penuh dgn rancangan pelancongan.so aku pon join la jgk pengacara pergi melancong..haha

Tiba2 plak aku berangan nak jd pengacara rancangan pelancongan.best jgk kn tgk tempat org tp ada bakat ke?? hehe..

Kalau ada bakat sekalipon stesen tv mane lah yg nk ambik aku jd pengacara..hehe
Tak adanye Aidid Marcello tu nk datang kat aku then ckp " Will u be my partner for MyTv3 Programme?
Xde kot cam tuh !
Sumenye angan2 semata2.. apa2 pon cuti ahad lepas yg paling best !

sumber gambar : google

:: TQ ::

Monday, October 31, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan ENGINEER ?



Assalamualaikum..

Hohoho.. Begitu bahagianya aku menaip pada entry kali ini. Kenapa? Dengan sukacita dan bermurah hatinya ade sorang hamba Allah text me last week & tanya bila nak update blog? haha.. x sangka aku ada jugak yang minat nak baca aku membebel dalam blog ni.

About the topic of this entry, sebenarnya dah lama aku pikir, cuma hari ini baru nak update..whoaahhh....


Mengapa korang kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada korang . Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang x terjangkau banyaknya untuk memahami korang. Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka. Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri korang juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya korang -adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri korang  pada mulanya, mereka akan terus berusaha. Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan korang  gembira. Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan korang

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan korang

-graduan seni yang akan mengubah penampilan korang

-graduan perubatan yang akan menjadikan korang seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan korang satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama korang salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada korang selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan korang

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada korang

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang korang

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat korang seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada korang. Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang korang pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan korang , tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong. Mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

p/s : aku juga prefer lelaki engineering terutama mekanikal dari dulu sampai sekarang..hehe..

tQ... :)


Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #6

:: Menunggu sesuatu yg tak pasti ::

Sunday, October 16, 2011

Kisah Poyo

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku nak update cite ni minggu lepas tp biasa la aku ni sangat sibok semenjak dua menjak ni.
Kisah ni berlaku minggu lepas, kalo x silap aku hari selasa. Waktu tu aku teman room mate aku pergi bengkel yg di anjurkan oleh poli.

Masa aku duduk lepak2 teman room mate aku, aku ternampak sorang brader yg agak familiar di mata aku,aku pon tegur la lebih kurang..

Aku : Buat apa sekarang,keje mana..?
Brader F : Buat bisnes sndiri.
Aku : Ooo..bisnes ape?
Brader F : Saya dari zmn study lagi start bisnes ni...bla bla bla bla bla.....
Aku : Emm...cmne leh join bisnes ni ?
Brader F : Sbnrnye masa saya sem 1 lg saya kaji bisnes apa yg boleh capai margin keuntungan yg tinggi..lepas    kaji saya dapati..bla bla bla bla bla...
Aku : Ooooo.... ( konon2 tumpu perhatian & buat2 minat nk dengar )
Brader F : Awk tengok ni, 1 set ni harga lebih kurang RM5000 tau ( sambil tunjukkan gmbr2 produk kerusi rotan yg die jual )
Aku : Sekali dengan kusyen ? ( buat2 tanye )
Brader F : Yela...bla bla bla bla bla....

Bila dah letih aku balik rumah room mate aku cakap,

Room mate : Kak chik, brader td tu cakap besar la kan ?

Jawapan aku senang je.....

Aku : Ha ah,memang pon !

LOL ! hahaha !

p/s : kadang2 xboleh nak salahkan brader tu jugak,maybe dia excited nak share bisnes dia dengan aku..haha

Wednesday, October 12, 2011

Thursday, September 29, 2011

Gambar Candid Part 3

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak sambung story psl gambar candid.. Janji minggu lepas, tp aku ni student, so banyak la keje nak kena settle..Part ni aku nak taruk gambar budak2 je. Ape? Korang tak suke? Aku kisah ape,ni blog aku.. haha
OK, Lets check it out..

#1
:: Comel kan anak sdare aku? Makan sampai terjuih mulut.. haha ::

#2
:: Muka kena paksa makan ubat.. haha ::

#3
:: Kecik2 dah pandai guna remote tv ::

#4
:: Cam kapten lalat plak kalau tengok budak2 pakai spek..kih3 ::

#5
:: Aucaakk2... :P ::

#6
:: Sedih sbb kena tinggal dek mama ::

#7
:: Budak kidal :P ::

#8
:: Orang nak bayar, dia pom start kalut :P ::

#9
Yang penting ramai yang cakap muka budak kecik ni seiras aku, ada jugak yang cakap budak ni anak aku.. Ni anak sdare aku laa.. :))

Gambar last x candid ok !

p/s : Ada orang cakap aku suke letak gambar budak dlm blog..hehe
tQ :))






Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Doaku Buat Si Dia




Ya-Rabbul Ariffin

Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku

Dekatkan lah hatinya dengan hatiku

Tetapkan lah kemesraan antara kami

Agar kebahagiaan ini kekal abadi



Ya Muhaimin

Dan Tuhanku

Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini

Ke tepian yang sejahtera



Ya Rabbul Fatihin

Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih

Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku

Bawalah dia jauh dari pandangan ku

Luput dari ingatan ku

Dan peliharalah aku dari kecewa



Ya Rabbul Izzati

Serta Tuhanku yang Maha Mengerti

Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Dan gelap pekat awan

Agar aku bisa bahagia

Walaupun tanpa dirinya



Ya Rabbul Quddus

Dan Tuhanku

Biar sekuat mana aku menyintainya

Aku pohon agar Tuhanku

Melenyapkan perasaan ini

Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku



Ya Rahman Ya Rahim

Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku

Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU






Kredit to Jejariruncing.blogspot.com

Wednesday, September 14, 2011

Gambar Candid Part 2

Assalamualaikum...

Selepas entry Gambar Candid Part 1 yg lepas, aku akan sambung plak entry tersebut.. Ni haa jahh, aku nak sambung laaa ni :)

#1

:: Anak sedara aku, usaha bukak dompet mama ::


#2
:: Intai ape tuh ::


#3
:: Entah ape la mak budak ni kasik makan :P  ::


#4
:: Tuh pasu la mangkuk :P ::


#5
:: Aku suke gambar ni :) ::
Gambar kenangan terindah aku & besfren masa dia still study kat poli..skrg dia dah graduate dah :)


#6
:: Amboii, semangat makan eh ::

Time ni raya tahun 2010, diorg ni besfren aku..

#7
:: Ewah2, pulas stereng tuh ::

Masa ni aku lpr melampau kot, pakwe aku bawak pegi drive-thru Mc D :)

Lagi gambar candid ?

Minggu depan laaa aku update lagi...

Adios :)








Monday, September 12, 2011

Gambar Candid Part 1

Assalamualaikum...

Hari ini aku balik kelas, makan2 jap, aku igt nak siapkan report & hantar report tuh.. Tapi tiba2 member aku mesej cakap dia punye part ada masalah.. So,aku terpaksa submit esok jela report tuh..

Alang2 dah on lappy ni, aku pom menggeledah harta2 karun yg ada dlm lappy aku. 1 demi 1 folder aku bukak, sampai la ke folder gambar.. Emm..banyak tol gambar2 lama, gambar kwn2, gambar time study kt POLIMAS dulu2 pom ada..

Tiba2 aku dapat 1 idea...taraaaa..... bleh buat entry nih memandangkan aku tgk byk gambar candid tersimpan rapi dlm folder2 aku ni..


:: Tersandar lps kedarah berketul2 ayam KFC ::

Gambar ni diambil masa besday besfren aku tahun lps.. Ni dia punye pakwe laa...

:: Hepi terlampau kot classmate aku ni ::

Gambar ni plak diambil kat Pantai Irama, Bachok masa celebrate besday minah ni :P

:: Ni aku, gemuk kan ::

Ni plak x silap aku gambar cam jakun, 1st time pegi Wakaf Che Yeh rase masa ni.

:: Ni mesti takot lemas kan ::

Ni gambar kwn2 aku masa ktorg pegi bercuti kat Pulau Perhentian lepas habis final exam Januari 2010.

:: Muka letih balik vacation ::

Gambar ni lps turun bot, yg tudung putih tu rajin2 je pegi beli air utk ktorg, kat sebelah aku tuh kwn baik pakwe aku, dia minat warna pink.. haha

:: Aku suka gambar ni, xtau manusia mana snap, lupa dah ::

:: Classmate aku serius, bincang apa ntah ::

Ni gambar masa ada event kt poli.

Lagi gambar candid dalam lappy aku...........

:: Ni muka org tgh breakfast..haha ::

Ni classmate aku dari semester 1 kat POLIMAS lagi sampai la skrg kat poli KB..

:: Ustaz bg ceramah, ko tido.. haha ::

Ni mesti letih sgt siang hari, bila malam kena paksa turun surau jadi cam ni laa :P

:: Gambar kenangan di POLIMAS, ptg2 xde keje, turun pusing2 kwsn ::

Oii minah indon, baik punye tunggeng punggung.. haha.. aku selalu panggil yg baju hitam tuh minah indon sbb ayah dia asal dari Indon.

:: Ni kes habis minyak sebelum sampai ke destinasi ::



Aku rasa cukup la setakat ni dulu.. Gambar candid dalam lappy aku ni terlalu banyak.. Sampai lusa nak tunjuk pom belum tentu habis kot..haha...

Xpe, lain kali aku update lagi :)

tQ :)









Sunday, September 11, 2011

Gelagat Semasa Kuliah

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak share sket gambar classmate aku masa lecturer tgh mengajor.. So,kalau korang pom bergelar student,try to compare situasi ni dgn situasi korang belajar cmne.. Gambar2 ni di-snap khamis yg lepas sewaktu kuliah Pemasaran Strategik yg di ajor oleh Cik Wan Noraizan.. Skali dgn Cik glamer sbb aku mention nama beliau dalam ni, kelasss kau jahh~~~


:: Masing2 khusyuk ::

Yg barisan dpn skali pakai baju kurung kuning tuh nenek kelas ktorg..haha

:: Boys.. cam biase,buat muka boring ::

Tapi after habis kuliah, ni plak gelagatnya.......

:: Keep gossiping each other ::

:: Cepat2 simpan nota, sbb time tuh igt nak pegi mkn je ::

Aku saje x nak rotate gambar ni, so korang rotate la kepala korang sendiri :P

:: Angkat beg, terus blah ::

Kesimpulan aku : Time study, study..Time balik, sume cpt2 sebab igt nasik je time tuh termasuklah aku :P

Adios....








Thursday, September 8, 2011

Keje Bertimbun, Lagi Nak Main-Main

Assalamualaikum :)

Aku ni bukanlah busy melampau sampai xleh nak update blog.. Tapi saje menyibukkan diri. Bila aku semester last ni, byk plak assignment, report, final projek etc yg kena buat.. Nampak cam busy kan? Haha.. Pada hakikatnya aku rasa amat malas nak siapkan semua tu. Asyik2 nak online facebook, main game, paling x pun layan kartun Spongebob dalam lappy aku ni..

Byk main betul aku ni kan? Whatever la, janji aku siapkan keje aku & sampai masa aku submit kat lecturer keje2 tuh.

Kadang2 rasa cam tension, semester last byk keje. Tapi adat la kan, org study mmg byk keje, lagian lagipun semua org kena hadapi semester last ni utk grad.. So, hadapi jela :)

Keje bertimbun, lagi aku nak update blog bagai..hehe.. Baik cari bahan utk assignment yg kena submit minggu depan.. Assignment Service Marketing. Kena buat flow chart organisasi ape ntah.. Dah la kena siapkan report bab 6 projek akhir..

Xpe, boleh discuss dgn member.. Adios..

p/s : to pemilik blog poyoness- aku tau mu rindu kt 'nenek'..bila nak buat entry sal nenek ko tuh ! haha ! aku teringin nak baca :P

Monday, August 15, 2011

Al-Kisah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sejak bulan puasa ni, asal balik kelas je aku rasa cam nak tido puas2, letih dowh.. Mana x letih, bawak buku 4-5 subjek sehari, panjat bangunan kuliah bertingkat2..Balik kelas, hobi aku tido.. Sehingga la petang tadi....

Insiden petang tadi...

Balik kelas, aku pegi fotostat nota jap depan poli. Then terus balik rumah dengan bestfren aku, tp ktorg rumah lain2, tp berjiran la.

Sampai rumah, letak beg dan buku2, bukak tudung, ambik bantal, terus landing.. port baik punye atas lantai..hehe..

Baru je nak lelapkan mata, fon aku berbunyi ' toinn ' tanda ada mesej masuk.
Bukak je inbox tengok sender-besfren aku td.. Nak ape plak minah ni-rungut ati aku..

" La,ejah telur goreng.Nasik skali.Aku lapar weh "

Aii..minah ni..Kalo mc pom agak2 la, suh aku yg masak.. igt aku bibik ke ape.

" Aku serius ngantok dowh, karang2 la, makan megi la dulu "

Pastu minah tu balas lg..

" Aku lapar weh,ejah la g goreng telur,rebus telur asin sebijik"

Ewah2, melampau dah ni besfren aku ni..aku reply lagi.

" Aku ngantok ni wehh "- terus tutup muka dgn bantal & tido dengan enaknye..haha..

Padan muka org x puasa.. kih3

Sekarang plak aku igt nak study la sekerat dua..Baru nak cari nota, baru aku perasan, nota aku dok dalam fail...
Mana fail tu pegi plak?

WAAAAAAAAAAAAAAA................fail tu aku tertinggal kat kedai fotostat tgh ari td !
Apsal aku nyanyuk sgt bulan puasa ni !

Sekian...

Thursday, August 11, 2011

Ketepi,Nak Melalut Sket ^_^

Assalamualaikum..

Hari ini aku dpt mood or angin sewel sket,x tahu kenapa..Rasa cam x betul je ari ni.Sbb last semester ni sgt bz kot,jd aku perlu gila2 biar x tension !

Tumpang lalu !
Ketepi !
Aku nak melalut ni..Setelah penat study,sekarang masuk waktu aku tido.
Aku nak tido !
Aku nak mimpikan Fadhli Shas !
Haha !

Eh,ape aku melalut ni..Emm..name pom entry melalut,suka ati aku la kan !
Lagipom ni blog aku..haha !
Selamat tido !
Selamat mimpi Fadhli Shas !
Eh,melalut lagi..Lantak la !

Bye !

Tuesday, July 26, 2011

Dianiaya

Assalamualaikum..

Hye..Lupakan janjiku (janji ke?) utk update entry psl Melaka..Today i'm going to write about dianiaya.Bukan aku aniaya org k..But,org lain yg aniaya aku.Kenapa?OK,aku list-kan kemungkinan2 yg menyebabkan aku dianiya..

1. Aku ni lurus bendul
2. Aku ni pendiam,org kutuk pom diam je..x tau nak balas cmne
3. Aku selalu brfikiran positif
4. Aku x pernah perasan org tgh buli aku

Kenapa ye,org tu sgt2 x suka aku. Aku bukanlah perasan dia x suka aku..but a few of my classmate yg cakap org tu selalu buruk2 kan aku depan diorg. Setahu aku,aku xde pom buat salah dgn dia. Apa dia ckp aku diam je. Memang hobi dia kot suka mengumpat & memburuk2kan org lain. Siap menghasut my classmate supaya jangan bercakap dgn aku lg.. Hello..apa salah aku? Kalo x suka tu,ckp depan2 la. Patut la semua org pandang aku cam nak gaduh je. Sedih tol aku. Xde keje lain ke selain dari memecah belahkan perhubungan kwn2? Sekarang ni,bila semua org dah perasan dgn prangai ko tuh & pinggirkan ko,baru ko nak terhegeh2 cari kawan. Dulu bukan main angkuh & sombong lagi kan. Memang padan la dgn perangai ko tu yg x boleh tgk org lain senang & lebih bahagia. Asyik nak ko je yg lebih dr org lain kn?

OMG,semoga semua masalah ini berlalu dgn segera. Aku dah x nak bersedih disebabkan fitnah org pada aku. TQ kepada kwn2 yg masih percaya pada aku & menerima diri aku. Aku sgt2 menghargai korang.TQ sbb bersama aku time aku susah & senang.. I love u all friends..

Doakan aku ye :(

p/s : Td kwn baik aku ckp org tu ada niat utk cuba nak botakkan kepala aku dgn cara masukkan clorox ke dalam syampu aku.. Org ke setan tu perangai cam tu?

Tuesday, June 7, 2011

Engagement

Hye..
Assalamualaikum..


Aku malas nak tulis panjang2..Sekarang ni aku tengah cuti semester,so aku & family datang Shah Alam utk bercuti ( yeke ? ) ataupun utk merisik dan pertunangan abang aku dgn pilihannya.Dikhabarkan pilihannya seorang cikgu dari Johor.


So,apa kata layan gambar2 masa majlis pertunangan tu..


:: Mula2 sampai kat Serom 4,Muar ::


:: Cincin dah disarungkan ::


:: Hantaran ::



:: Ni abang aku & tunangnya ::



::Ni dia cikgu Suzy yg officially jadi tunang abang aku,Wadie ::

:: Ni dah macam Wakil Rakyat nak bg duit pada rakyat je :P ::

:: Gambar family ::

:: Bergambar dengan ibu Kak Suzy ::

:: Abang aku buat muka lega ::

Banyak lagi gambar majlis tu,tapi aku pilih2 je nak upload yang mana..hehe...Sebut pasal Johor,yang aku perasan satu je,hantaran yang diorang bagi kebanyakkannya adalah makanan..Memang adat orang Johor kot..Manalah aku tau kan,sebab ktorang kan orang Terengganu yang bercakap dialek Kelantan pekat dalam kehidupan seharian.Lain negeri,lain adat.Ye x? So far,majlis tu berjalan dgn lancar.Semoga cepat2 jodoh dan murah rezeki ye.

Selesai majlis tu,ktorang menaiki 3 buah kereta pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Nanti next entry baru nak story sal jalan2 kat Melaka.Sekarang aku nak tido sbb dah beberapa hari tido lewat & bangun awal.Kira x cukup tido la..hehe...Adioss..

 :: TQ sbb sudi baca :) ::